Wednesday, May 16, 2012

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib R.A. Nabi SAW bersabda :
"Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu;
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina antara mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana di takuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah di minum merata tempat
12. Kaum sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak di mainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain."

H.R. Tirmizi

Petikan dari buku '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman' susunan Ustaz Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. 

Monday, May 14, 2012

12 Cara Menjawab Telefon Yang Menyakitkan Hati


Pernahkah anda sakit hati kepada seseorang dan seseorang tu tetap menghubungi anda. Bagaimana mahu melayan. Ini ada 12 cara menjawab telefon yang boleh dipraktikan.

1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
.

Mesti korang tidak sedar kan nombor 6 hilang ..XD

Ternyata Jackie Chan Adalah Guru Sasuke

Ternyata Jackie Chan Adalah Gurunya Sasuke..Tidak Percaya...Lihat Sahaja Gambar Di Yang Bergerak Di bawah Ini...CEkidot..


Inilah Bahaya dari Menahan Buang Air Kecil

Hasrat membuang air kecil kadang-kadang tak dapat diteka bila-bila akan datang. Malangnya, kadang-kadang hasrat tersebut datang ketika sedang jauh dari tandas atau tengah dalam perjalanan. Ya, mahu tak mahu harus menahan buang air kecil sampai dengan waktu yang tak ditentukan. Akan tetapi, ternyata hal tersebut juga menimbulkan bahaya bagi kesihatan tubuh!! Mahu tahu apa saja bahaya dari menahan buang air kecil? JOm semak artikel ini baca lagi.

1. Menyebabkan tersumbat ureter buah pinggang
Ini kerana urin yang mengandungi sisa tubuh tak langsung dikeluarkan. Doktor pakar penyakit dalam, Dr Hasyim Kasim SpPD-KGH dalam fajar.co.id menjelaskan ibarat saluran air yang tidak rutin dibersihkan, kotorannya akan membuat saluran tersumbat. Bukan hanya itu, kotoran yang tidak ke luar juga akan menimbulkan pereputan.


2. jangkitan buah pinggang
Jika kencing ditahan berjam-jam dan jumlah kuman sangat banyak, maka kuman itu akan naik ke atas, ke arah buah pinggang. Hal ini tidak biasa, tetapi boleh terjadi. Akibatnya, boleh terjadi gangguan jangkitan pada buah pinggang.

3. MerusakTempat Simpanan Air Kencing
Apabila kita tidak melakukan buang air kecil atau kencing, maka ada kemungkinan zat-zat tersebut akan merosakkan saluran kencing kita. Apalagi bila air kencing mengandungi kuman. Semakin lama air seni ini di kandung kencing, semakin banyak kuman yang ada.
Melihat akibat yang ditimbulkan kerana menahan kencing, ketika merasa kencing maka segeralah untuk melaksanakannya. Sehingga zat yang berbahaya tidak berkembang dalam tubuh kita.

6 jenis madu

1. Madu Tualang



Madu Tualang merupakan madu lebah yang diambil dari pokok tualang hutan. Pokok tualang selalunya tumbuh tinggi di dalam hutan tebal.

Madu Tualang dipercayai dihasilkan oleh lebah madu di dalam hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bunga hutan (poliflora). Itulah sebabnya ramai yang mempercayai madu ini mempunyai nilai khasiat yang tinggi berbanding madu biasa yang lain. 

Tambahan pula, sarang lebah madu tualang sukar dijumpai kerana pengutip madu lebah perlu meneroka jauh ke dalam hutan. Sesudah dijumpai, sarang lebah selalunya hinggap di dahan pokok tualang yang tinggi. Kesukaran menuai madu tualang menjadikan madu ini mendapat permintaan ramai dan boleh mencecah harga yang tinggi di pasaran.

2. Madu Sidr @ Madu Yaman (Yemen) 



Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. 


Madu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi. 

Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu yang lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan. 

3. Madu Ratu (Royal Jelly)

Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).

Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia. 

Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan. 

4. Madu Propolis 

Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek. 

Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit. 

Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di Brazil. 
5. Madu Manuka 

Madu Manuka merupakan madu yang dimport dari New Zealand. Madu Manuka terhasil oleh madu lebah yang hidup berhampiran pokok manuka (Leptospermum scoparium), di kawasan luar bandar New Zealand yang mempunyai udara yang bersih. 

Oleh itu, madu lebah manuka mengambil nektar dari satu jenis bunga sahaja (monoflora). Madu ini ada yang dihasilkan secara liar dan ada yang dihasilkan oleh lebah ternak. 

Madu ini popular di pasaran antarabangsa kerana kandungan bahan anti-bakteria yang tinggi. Bahan anti-bakteria ini dipanggil Unique Manuka Factor (UMF) dan produk madu manuka diukur mengikut kadar kandungan bahan tersebut. UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk kegunaan merawat penyakit.
6. Madu Kelulut 

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok). 

 

Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. 
Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

Sunday, May 13, 2012

10 Tabiat Rosakkan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Mengapa Jerawat tumbuh di Bahagian Tertentu?

DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.
DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita

Kepada gadis-gadis yang mengalami kejutan budaya, terutamanya yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA or IPTS... sila baca... hehe


1. Menghilangkan hijab (penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"

3. Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, "Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Olimpik London 2012 Simbolik Dajjal

12 Ogos 2012 akan berlangsung festival sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik 2012 di London..London akan menjadi bandar pertama yang menjadi tuan rumah sebanyak 3 kali bagi festival sukan terbesar dunia ini, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948..


Olimpik London telah menggunakan maskot berbentuk dua titis keluli bagi menggambarkan kota industri keluli di Bolton..Kedua-dua maskot ini diberi nama Wenlock dan Mandeville selaras dengan nama bandar penganjur Olimpik London tahun-tahun sebelumnya..Nama Wenlock diambil dari sebuah bandar bernama Much Wenlock di Shropshire..Manakala Mandeville diambil dari sebuah desa di Buckinghamshire bernama Stoke Mandeville.

Kontroversi melanda kedua-dua maskot ini apabila ia hanya mempunyai satu mata sahaja..Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist..Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012..
 
Bukan maskot sahaja yang menjadi  kontoroversi malah, logo Olimpik London 2012 juga menjadi kontroversi..Dikatakan logo tersebut menyerupai tulisan ZION..Zion atau kata lain Sion yang merupakan nama sebuah bukit di Kota Yerusalem dan berkait rapat dengan Israel dan Yahudi..Penganjur dituduh ingin memasukan unsur rasisme dan pro terhadap Yahudi pada Olimpik London 2012 ini..

Punca Portugis Tidak Tawan Daerah Utara Tanah Melayu


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....


1508:
Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509:
Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511:
Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512:
Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:
Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas......

FeB 1512:
Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

Tuesday, May 8, 2012

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

10 Gangguan Syaitan Ketika Solat...

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).


3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).


5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan. Wallahualam.

Wanita Itu...

Pada suatu hari yang mendung tanpa sinaran mentari, seorang wanita kelihatan sedang berjalan merentasi sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga lavender dengan langkah yang lemah. Kesedihan jelas terpancar diwajahnya yang ayu bagaikan bidadari yang turun dari syurga. Satelah sampai di sebatang pokok yang rendang dia terus melabuhkan punggungnya di bawah pokok tersebut. Setelah beberapa ketika wanita tersebut berada di situ, seorang jejaka kelihatan menghampirinya.


Sang jejaka yang terpegun dengan kecantikan wanita tersebut bertanya adakah dia memerlukan teman untuk berbual kerana dia kelihatan sedih dan tidak bermaya. Wanita tersebut mengatakan bahawa dia sedang menunggu suaminya pulang dari bandar dan mereka berjanji untuk berjumpanya di sini. Sang jejaka berasa sangat kecewa dan berlalu pergi. Akan tetapi belum jauh sang jejaka tersebut meninggalkan wanita tersebut, seorang lelaki tua datang kepada wanita tersebut. Sang jejaka mula merasa curiga dengan apa yang diceritakan wanita tersebut lalu mengekori mereka sehingga ke rumah wanita tersebut.


Setibanya sang jejaka di rumah wanita tersebut dia merasakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya. Firasatnya semakin jelas mengatakan lelaki tua yang dilihatnya tadi mengamalkan ilmu hitam. Jadi sang jejaka dengan langkah yang berjaga-jaga memanjat pagar rumah wanita tersebut untuk menyelamatkannya dari lelaki tua yang mengamalkan ilmu hitam tersebut. Malang sekali kerana belum sempat sang jejaka menyelamatkan wanita tersebut dia telah ditangkap oleh lelaki tua tersebut.


Sang jejaka yang tidak puas hati kerana ditangkap bertanya bagaimana lelaki tua tersebut mengetahui cubaan menyelamat sang jejaka tersebut. Lelaki tua tersebut dengan senyum kambingnya memberitahu bahawa pengawal keselamatannya telah melaporkan seseorang telah memecah masuk rumahnya. Barulah sang jejaka tersebut tahu sepasang mata yang memerhatikannya ialah pegawai keselamatan rumah lelaki tua tersebut. Akan tetapi sang jejaka masih belum puas hati kerana wanita yang dijumpainya sebelum ini kelihatan sedih dan tidak bermaya. Lelaki tua tersebut menambah lagi bahawa wanita tersebut adalah isterinya dan mereka hidup dengan bahagia cuma semalam wanita tersebut tersalah makan menyebabkan badannya lemah.


Sang jejaka yang malu kerana telah salah sangka terhadap lelaki tua tersebut meminta maaf kepadanya lalu pergi meninggalkan rumah tersebut tanpa berpaling lagi.


Moral of the story:
hahaha...padan muka dekat sang jejaka tu, suka hati dia jer pergi serbu lelaki tua tu...
...white people have said "dont judge a book by its cover"...
jadi lebih baik selidik dahulu apa-apa tindakan yang ingin kita buat sebelum kita menjadi seperti sang jejaka tersebut...

Pepatah Moden...

1. Bersatu teguh
Bercerai roboh
Berpecah condong.

2. Ditelan mati emak
Diluah mati bapak
Dibiar mati anak.

3. Mati semut kerana gula
Mati manusia krn kencing manis.

4. Kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
kais malam makan malam.

5. Masuk kandang kambing mengembek
Masuk kandang kerbau menguak
Masuk kandang lembu mengebohh

6. Kalah jadi abu
Menang jadi arang
Seri jadi bara.

7. Air dicincang tidak akan putus
Air disekat akn berhenti mengalir.

8. Biar lambat asalkan selamat
Biar cepat asalkan berhemah

Kisah Guru dan Anak Murid...

satu perbualan antara guru dan anak muridnya..

guru : Apakah yang paling dekat dalam dunia ini?
murid : Ibu bapa, guru, sahabat.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling dekat dalam dunia ini ialah mati.

guru : Apakah yang paling jauh dalam dunia ini?
murid : negara China, angkasa lepas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling jauh dalam dunia ini ialah masa lalu.

guru : Apakah yang paling besar dalam dunia ini?
murid : Gunung, pokok.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah nasfu kita.

guru : Apakah yang paling berat dalam dunia ini?
murid : Besi dan gajah.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

guru : Apakah yang paling ringan dalam dunia ini?
murid : Kapas, kertas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling ringan ialah meninggalkan solat.

guru : Apakah yang paling tajam dalam dunia ini?
murid : Pedang, pisau.
guru : Benar, semua itu juga betul tetapi yang paling tajam ialah lidah kita.

P/S : Melalui perbualan ini terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan, semoga kita menginsafi diri kita.. siapa guru tu sebenarnya? tau? Nama guru tersebut ialah Imam Al-Ghazali. :)

Monday, May 7, 2012

Doa Senjata Mukmin...




Berdoa merupakan suatu ibadah, kerana dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan. Mintalah, tidak semestinya dengan berbahasa arab. Mintalah dengan doa yang kita fahami maksudnya agar ia lebih datang dari hati sendiri. Gunakanlah doa-doa dari Al-Quran, doa-doa yang digunakan oleh Para Nabi Allah Swt. Mintalah apa sahaja dengan hati yang ikhlas, tenang, rendah diri, dan berbaik sangka kepada Allah Swt. Sentiasalah berdoa kepada Allah Swt dalam seharian, tidak kira untuk apa dan di mana. Hati itu hidup seandainya ada ikatan akidah yang kuat kepada Allah Swt. Itulah seteguh-teguh ikatan dan komunikasi.

Doa adalah senjata yang digunakan para nabi dalam menghadapi situasi-situasi sulit, begitu pun Nabi Muhamad saw dalam perang badar, ketika ia melihat jumlah kaum musyrikin sebanyak seribu sedang pasukan islam tiga ratus Sembilan belas, ia segera menghadap kiblat seraya mengangkat kedua tanganya berdoa:

Ya Allah wujudkanlah untuk kami apa yang engkau janjikan, ya Allah berikanlah kepada kami apa yang engakau janjikan, ya Allah jika sekumpulan kaum muslimin ini binasa, maka tidak ada yang akan menyembah engkau di muka bumi ini.” Rasulullah saw terus melantunkan doa seraya membentangkan kedua tanganya menghadap kiblat hingga selempangnya jatuh, maka datanglah Abu Bakar mengambil selempang Rasulullah saw dan meletakanya di atas pundaknya dan menjaganya dari belakang dan berkata: wahai nabi Allah, doa engkau kepada Tuhanmu sudah cukup, karena Dia pasti akan mewujudkan apa yang Dia janjikan untukmu.” (HR: Muslim)

P/S : Jadi marilah sama-sama kita berdoa....

Dunia Oh Dunia....

Pada suatu hari seorang lelaki telah di kejar harimau. Dia pun melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Kemudian dia menemui sebuah telaga, lalu hendak terjun dalam telaga tersebut. Pada hemah lelaki itu, dia telah selamat. Namun di dalam telaga tersebut ada seekor buaya yang siap sedia untuk membaham mangsanya. Lelaki itu cemas semula. Dia memandang ke sekeliling mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Akhirnya dia terlihat di atas telaga itu pula terdapat seutas tali yang di ikat pada dahan pokok. Tanpa berfikir panjang dia terus melompat pada tali tersebut. Rupa-rupanya pada dahan pokok itu terdapat sarang lebah. Pada masa yang sama, terdapat dua ekor tikus yang berwarna hitam dan putih tengah menggigit tali tempat dia bergantung sedikit demi sedikit. Lelaki tersebut menjadi mati akal bagaimana hendak menyelamatkan diri. Tiba-tiba, jatuh setitis madu daripada sarang lebah. Maka dia telah terlupa akan segala bahaya yang menanti dirinya tadi.....

Sebenarnya.... kisah diatas menerangkan kehidupan kita di dunia. Harimau yang mengejar lelaki itu ialah maut, yang sentiasa mengejar kita dari hari ke hari. Buaya pula ialah lubang kubur yang sentiasa menanti kita untuk masuk ke dalam nya. Tali pula ialah umur kita, yang semakin habis dari semasa ke semasa. Tikus hitam dan putih pula adalah malam dan siang. Manakala madu yang jatuh ke dalam mulut lelaki tersebut, ialah dunia.

P/S : Maka perlu kita ingat, apabila madu (dunia) sudah masuk ke dalam mulut (diri kita), maka kita akan lupa segala-galanya dan menjadi semakin jauh dari Allah SWT......

Sunday, April 29, 2012

Air dan Ais....




  1. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendekapatah lagi jangka panjang.
  2. Liputan ais di Antartika ( daerah Kutub Selatan) dan Artik ( daerah Kutub Utara ) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  3. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya .
  4. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  5. Ais amat diperlukan mana – mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka – sangka.
  6. air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut
  7. seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan .
  8. air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam .
  9. air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  10. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang
  11. menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  12. Makruh mengambil air sembahyang ( wuduk ) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit .
  13. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat .
  14. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  15. Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi .
  16. Air sejuk akan meningkatkan sistem imunyang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  17. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan .
  18. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  19. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.
  20. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang . Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.
  21. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  22. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  23. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  24. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  25. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut .
 P/S : Jadi mari sama-sama kita ambil manfaat daripada air sejuk dan ais.

Cincin dan Kentut

Dalam satu kedai emas, ada seorang perempuan
terkentut ketika menonggeng
melihat cincin...dia tersipu-sipu malu dan melihat
sekeliling untuk melihat
sesiapa ada berdekatan dengannya dan perasan
ada promoter kat
belakangnya..


Promoter : Boleh saya bantu?


...Perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la
yang dia kentut jadi dia pon
bertanyakan soalan sambil buat seperti tiada apa
yang berlaku..


Perempuan : Berapa harga cincin ini?


Promoter: Kalau tengok cincin ni pun boleh buat
puan terkentut, saya pasti
puan akan terberak bila tahu harganya..

Kenapa Perlu Menutup Aurat....




Suatu hari datang seorang gadis bertanya kepada seorang Ustaz kenapa perlu menutup aurat....

Ustaz memulakan bicara... 

"Boleh saya bertanyakan beberapa soalan dan awak menjawab sejujur mungkin?"
"Boleh, tidak ada masalah," jawab si gadis.
"Baiklah, kamu pernah ke pasar raya?" Tanya si Ustaz.
"Pernah," si gadis menjawab ringkas.
"Pernah masuk ke kedai emas?"
"Pernah."
"Pernah ke pasar malam?"
"Pernah."

Ustaz itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

"Baiklah. Antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi, di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas, perak yang mahal-mahal harganya?"
"Tentu sahaja di kedai emas," jawab si gadis dengan yakin.
"Bagaimana keadaannya?" Ustaz terus bertanya....
"Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatan."
"Bagaimana pula dengan barangan kemas daripada jenis yang sama, namun ia barangan tiruan. Dimanakah tempat ia disimpan?"
"Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan. Malah ia sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana terlalu murah."

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

"Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi  dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci. Mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan dengan sesuka hati. Hal ini tidak terkecuali kepada golongan lelaki."

Gadis itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh....

"Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepi jalan, boleh dipegang sesuka hati, malah harganya pun murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah SWT untuk menutup aurat sebagaimana termaktub dalam Surah An-Nur ayat ke 31."


Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
P/S : Mari kita renungkan bersama.... 

Otak Oh Otak....

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!




















OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.." 


Monday, April 16, 2012

Cikgu dan Murid....


Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tidak percaya wujudnya Tuhan. Akhirnya dia pun mendapat satu akal...

Guru Tadika : Anak-anak.... nampak tak pen ni? 
Anak-anak : Nampak Cikgu.....
Guru Tadika : Pen ade kan.....
Anak-anak : Ada Cikgu....
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tadi ke dalam poket dia, kemudian bertanya lagi...

Guru Tadika : Anak-anak... nampak tak pen?
Anak-anak : Tak nampak cikgu....
Guru tadika : Pen ader tak?
Anak-anak : Takder cikgu.

Kemudian guru tadika itu bertanya lagi.

Guru Tadika: Anak-anak nampk tuhan tak?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru Tadika : Tuhan ader tak?
Anak-anak : Takder cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuannya nak brain wash otak budak-budak itu berjaya.Tetapi dalam banyak-banyak budak itu ader seorang budak yang pintar, dan die pun mengangkat tangan...

Budak P : Cikgu boleh saya cakap sesuatu?
Guru Tadika : Boleh, mari ke depan.

Budak P : Kawan-kawan nampak cikgu tak....
Kawan-kawan : Nampak...
Budak P : Cikgu ader kan?
Kawan-kawan : Ader...

Budak P : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan : Tak nampak.
Budak P: Cikgu ader otak tak?
Kawan-kawan : Tak ader...
P/S : Bila tak nampak, tak semestinya takder.... Sayangi agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi...