Espistemologi ? Ya itu lah yang
dikongsikan. Mari sama-sama kita telusuri apa itu epistemologi. Namun bukan
melalui artikel, sebaliknya peta minda…
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Saturday, December 14, 2013
Sunday, December 1, 2013
Ibu...
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta
murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan
rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke
hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama
kali diminta berbuat sedemikian
.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon
berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai
doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang
saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak
kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde.
Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh
rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin
tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam
Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah
sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat
kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian
Naqiyudin itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit
Naqiyudin di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa
sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis
yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak
semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia
tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak
aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh
dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.
"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor.
Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak
kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang
penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya.
Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu
sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas
dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan
aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku
sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan
bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku
pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia
akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng
sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari
sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari
sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan
temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja
sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik
dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami
cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu.
Kami bahagia!
Kau ada...??"
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
Sumber : http://cincinbelahrotanku.blogspot.com
Label:
Ilmiah
Friday, November 29, 2013
Si Buta...
Pagi itu seorang anak buta duduk di depan
sebuah kedai dengan tangan memegang topi sambil menengadahkannya
memohon belas kasihan. Di sebelah anak kecil tersebut terdapat sebuah papan
dengan tulisan “Saya buta, tolonglah saya”. Dan terdapat beberapa keping syiling ihsan orang yang lalu-lalang.
Sesaat kemudian seorang lelaki
berjalan ke arah kanak-kanak tersebut. Tiba-tiba dia berhenti dan menyeluk
sakunya serta mengambil satu keping wang dan meletakkannya di dalam topi
tersebut. Kemudian ia mengambil papan tulisan tersebut, memadam dan
menuliskan perkataan lain. Kemudian dia meletakkannya kembali di tempat semula
di samping kanak-kanak buta tersebut agar setiap orang yang melalui kanak-kanak tersebut
dapat melihat dan membaca tulisan tersebut dengan jelas.
Tidak lama selepas itu, topi yang
dipegang kanak-kanak buta tersebut mulai banyak terisi. Hampir setiap orang yang lalu
berhenti dan memberi kanak-kanak buta tersebut wang.
Apabila hari menjelang petang, lelaki yang mengubah
tulisan tersebut kembali melintas di depan anak tersebut. Si anak yang mengenal
langkah kaki tersebut berusaha menghentikan dan bertanya, “Bukankan anda yang
telah mengubah tulisan di papan ini tadi pagi? Apa yang anda tulis?”
Lelaki tersebut menjawab, “Saya menulis
sebuah kenyataan, saya menulis apa yang kamu tulis tapi dengan cara berbeza.”
Lelaki tersebut menulis: “Hari ini sangat
indah dan saya tidak mampu melihatnya.”
Apakah pembaca berfikir bahawa tidak ada
bezanya tulisan pertama dengan tulisan pengganti tersebut?
Tentu, bahawa kedua-dua tulisan menyebutkan
bahawa Kanak-kanak itu buta. Tapi tulisan pertama secara terang menyebut kanak-kanak itu buta. Sedangkan
tulisan kedua memberitahu orang-orang bahawa mereka sangat beruntung kerana masih dapat
melihat. Dan ternyata tulisan berbeda dan yang kedua tampak sangat efektif.
Dan Dia-lah yang telah menciptakan bagi
kamu sekalian pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur
(Al-Mu’minun: 78)
Sumber : http://kisah-renungan.blogspot.com
Label:
Ilmiah
Kisah Pemuda Buta Ke Masjid...
Pada suatu ketika seorang pemuda yang buta
bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan
berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh
dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan
pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia menukar pakaian, berwudhu, dan, sekali
lagi, berjalan menuju masjid . Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh
lagi di tempat yang sama. Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan
kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, menyalin pakaian, berwudhu dan
berjalan menuju masjid.
Dalam perjalanan menuju ke masjid, dia
bertemu seorang lelaki dan memimpinnya. Dia menanyakan identiti lelaki
tersebut, dan menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju
masjid, jadi saya mahu bantu anda.”
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih
dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda buta itu
bertanya kepada lelaki yang memimpinnya untuk masuk dan solat subuh bersamanya,
lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi,
jawapannya tetap sama.
Pemuda bertanya, “kenapa menolak untuk
masuk dan solat ?”
lelaki itu menjawab “Aku adalah IBLIS”
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki
itu.
Syaitan kemudian menjelaskan, “Saya
melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah SWT
memaafkan semua dosa dosamu. Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun
tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan
kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota
keluargamu. Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan
jangan Allah SWT akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampung ini, jadi
saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat….”
Sumber : http://realitihidupku.wordpress.com
Label:
Ilmiah
Subscribe to:
Posts (Atom)




