Friday, November 29, 2013

Si Buta...



Pagi itu seorang anak buta duduk di depan sebuah kedai dengan tangan memegang topi sambil menengadahkannya memohon belas kasihan. Di sebelah anak kecil tersebut terdapat sebuah papan dengan tulisan “Saya buta, tolonglah saya”. Dan terdapat beberapa keping syiling ihsan orang yang lalu-lalang.

Sesaat kemudian seorang lelaki berjalan ke arah kanak-kanak tersebut. Tiba-tiba dia berhenti dan menyeluk sakunya serta mengambil satu keping wang dan meletakkannya di dalam topi tersebut. Kemudian ia mengambil papan tulisan tersebut, memadam dan menuliskan perkataan lain. Kemudian dia meletakkannya kembali di tempat semula di samping kanak-kanak buta tersebut agar setiap orang yang melalui kanak-kanak tersebut dapat melihat dan membaca tulisan tersebut dengan jelas.

Tidak lama selepas itu, topi yang dipegang kanak-kanak buta tersebut mulai banyak terisi. Hampir setiap orang yang lalu berhenti dan memberi kanak-kanak buta tersebut wang.

Apabila hari menjelang petang, lelaki yang mengubah tulisan tersebut kembali melintas di depan anak tersebut. Si anak yang mengenal langkah kaki tersebut berusaha menghentikan dan bertanya, “Bukankan anda yang telah mengubah tulisan di papan ini tadi pagi? Apa yang anda tulis?”
Lelaki tersebut menjawab, “Saya menulis sebuah kenyataan, saya menulis apa yang kamu tulis tapi dengan cara berbeza.”

Lelaki tersebut menulis: “Hari ini sangat indah dan saya tidak mampu melihatnya.”
Apakah pembaca berfikir bahawa tidak ada bezanya tulisan pertama dengan tulisan pengganti tersebut?

Tentu, bahawa kedua-dua tulisan menyebutkan bahawa  Kanak-kanak itu buta. Tapi tulisan pertama secara terang menyebut kanak-kanak itu buta. Sedangkan tulisan kedua memberitahu orang-orang bahawa mereka sangat beruntung kerana masih dapat melihat. Dan ternyata tulisan berbeda dan yang kedua tampak sangat efektif.

Dan Dia-lah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur (Al-Mu’minun: 78)
Sumber : http://kisah-renungan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment