Monday, May 7, 2012

Dunia Oh Dunia....

Pada suatu hari seorang lelaki telah di kejar harimau. Dia pun melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Kemudian dia menemui sebuah telaga, lalu hendak terjun dalam telaga tersebut. Pada hemah lelaki itu, dia telah selamat. Namun di dalam telaga tersebut ada seekor buaya yang siap sedia untuk membaham mangsanya. Lelaki itu cemas semula. Dia memandang ke sekeliling mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Akhirnya dia terlihat di atas telaga itu pula terdapat seutas tali yang di ikat pada dahan pokok. Tanpa berfikir panjang dia terus melompat pada tali tersebut. Rupa-rupanya pada dahan pokok itu terdapat sarang lebah. Pada masa yang sama, terdapat dua ekor tikus yang berwarna hitam dan putih tengah menggigit tali tempat dia bergantung sedikit demi sedikit. Lelaki tersebut menjadi mati akal bagaimana hendak menyelamatkan diri. Tiba-tiba, jatuh setitis madu daripada sarang lebah. Maka dia telah terlupa akan segala bahaya yang menanti dirinya tadi.....

Sebenarnya.... kisah diatas menerangkan kehidupan kita di dunia. Harimau yang mengejar lelaki itu ialah maut, yang sentiasa mengejar kita dari hari ke hari. Buaya pula ialah lubang kubur yang sentiasa menanti kita untuk masuk ke dalam nya. Tali pula ialah umur kita, yang semakin habis dari semasa ke semasa. Tikus hitam dan putih pula adalah malam dan siang. Manakala madu yang jatuh ke dalam mulut lelaki tersebut, ialah dunia.

P/S : Maka perlu kita ingat, apabila madu (dunia) sudah masuk ke dalam mulut (diri kita), maka kita akan lupa segala-galanya dan menjadi semakin jauh dari Allah SWT......

No comments:

Post a Comment