Biodata

ansari baseair atau nama sebenarnya Mohd Ansari Bin Mohd Baseair dilahirkan pada 7 Sya'ban 1411 bersamaan 22 Februari 1991 di Hospital Saratok, Sarawak dan membesar di Miri, Sarawak. Ibunya bernama Hasini Binti Budin, manakala ayahnya pula bernama Mohd Baseair Bin Mohd Maideen. Merupakan anak ke 3 dari 7 orang beradik kelahiran bumi kenyalang. Mendapat pendidikan awal di Tadika Perpaduan Polis Kompleks Miri, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat rendah di Sk Agama (MIS) Miri dan seterusnya di peringkat menengah di SMK Agama Miri. Kembara ilmu diteruskan lagi dengan menjadikan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) sebagai medan untuk mengembangkan potensi dalam diri dengan menjadikan Diploma Pengajian Islam dan Dakwah sebagai batu loncatan. Perjuangan itu tidak hanya bernoktah pada peringkat diploma, kerana sekarang penulis begelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkelana di bumi orang demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang Usuluddin dan Falsafah.


BICARA UNTUK MENCARI, BICARA UNTUK MEMAHAMI....

No comments:

Post a Comment