Sunday, April 29, 2012

Kenapa Perlu Menutup Aurat....




Suatu hari datang seorang gadis bertanya kepada seorang Ustaz kenapa perlu menutup aurat....

Ustaz memulakan bicara... 

"Boleh saya bertanyakan beberapa soalan dan awak menjawab sejujur mungkin?"
"Boleh, tidak ada masalah," jawab si gadis.
"Baiklah, kamu pernah ke pasar raya?" Tanya si Ustaz.
"Pernah," si gadis menjawab ringkas.
"Pernah masuk ke kedai emas?"
"Pernah."
"Pernah ke pasar malam?"
"Pernah."

Ustaz itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

"Baiklah. Antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi, di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas, perak yang mahal-mahal harganya?"
"Tentu sahaja di kedai emas," jawab si gadis dengan yakin.
"Bagaimana keadaannya?" Ustaz terus bertanya....
"Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatan."
"Bagaimana pula dengan barangan kemas daripada jenis yang sama, namun ia barangan tiruan. Dimanakah tempat ia disimpan?"
"Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan. Malah ia sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana terlalu murah."

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

"Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi  dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci. Mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan dengan sesuka hati. Hal ini tidak terkecuali kepada golongan lelaki."

Gadis itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh....

"Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepi jalan, boleh dipegang sesuka hati, malah harganya pun murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah SWT untuk menutup aurat sebagaimana termaktub dalam Surah An-Nur ayat ke 31."


Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
P/S : Mari kita renungkan bersama.... 

No comments:

Post a Comment