Pada suatu hari yang mendung tanpa sinaran mentari, seorang wanita
kelihatan sedang berjalan merentasi sebuah taman yang dipenuhi dengan
bunga lavender dengan langkah yang lemah. Kesedihan jelas terpancar
diwajahnya yang ayu bagaikan bidadari yang turun dari syurga. Satelah
sampai di sebatang pokok yang rendang dia terus melabuhkan punggungnya
di bawah pokok tersebut. Setelah beberapa ketika wanita tersebut berada
di situ, seorang jejaka kelihatan menghampirinya.
Sang jejaka yang terpegun dengan kecantikan wanita tersebut
bertanya adakah dia memerlukan teman untuk berbual kerana dia kelihatan
sedih dan tidak bermaya. Wanita tersebut mengatakan bahawa dia sedang
menunggu suaminya pulang dari bandar dan mereka berjanji untuk
berjumpanya di sini. Sang jejaka berasa sangat kecewa dan berlalu pergi.
Akan tetapi belum jauh sang jejaka tersebut meninggalkan wanita
tersebut, seorang lelaki tua datang kepada wanita tersebut. Sang jejaka
mula merasa curiga dengan apa yang diceritakan wanita tersebut lalu
mengekori mereka sehingga ke rumah wanita tersebut.
Setibanya sang jejaka di rumah wanita tersebut dia merasakan ada
sepasang mata sedang memerhatikannya. Firasatnya semakin jelas
mengatakan lelaki tua yang dilihatnya tadi mengamalkan ilmu hitam. Jadi
sang jejaka dengan langkah yang berjaga-jaga memanjat pagar rumah wanita
tersebut untuk menyelamatkannya dari lelaki tua yang mengamalkan ilmu
hitam tersebut. Malang sekali kerana belum sempat sang jejaka
menyelamatkan wanita tersebut dia telah ditangkap oleh lelaki tua
tersebut.
Sang jejaka yang tidak puas hati kerana ditangkap bertanya
bagaimana lelaki tua tersebut mengetahui cubaan menyelamat sang jejaka
tersebut. Lelaki tua tersebut dengan senyum kambingnya memberitahu
bahawa pengawal keselamatannya telah melaporkan seseorang telah memecah
masuk rumahnya. Barulah sang jejaka tersebut tahu sepasang mata yang
memerhatikannya ialah pegawai keselamatan rumah lelaki tua tersebut.
Akan tetapi sang jejaka masih belum puas hati kerana wanita yang
dijumpainya sebelum ini kelihatan sedih dan tidak bermaya. Lelaki tua
tersebut menambah lagi bahawa wanita tersebut adalah isterinya dan
mereka hidup dengan bahagia cuma semalam wanita tersebut tersalah makan
menyebabkan badannya lemah.
Sang jejaka yang malu kerana telah salah sangka terhadap lelaki tua
tersebut meminta maaf kepadanya lalu pergi meninggalkan rumah tersebut
tanpa berpaling lagi.
Moral of the story:
hahaha...padan muka dekat sang jejaka tu, suka hati dia jer pergi serbu lelaki tua tu...
...white people have said "dont judge a book by its cover"...
jadi lebih baik selidik dahulu apa-apa tindakan yang ingin kita buat sebelum kita menjadi seperti sang jejaka tersebut...
No comments:
Post a Comment