Friday, November 29, 2013

Si Buta...



Pagi itu seorang anak buta duduk di depan sebuah kedai dengan tangan memegang topi sambil menengadahkannya memohon belas kasihan. Di sebelah anak kecil tersebut terdapat sebuah papan dengan tulisan “Saya buta, tolonglah saya”. Dan terdapat beberapa keping syiling ihsan orang yang lalu-lalang.

Sesaat kemudian seorang lelaki berjalan ke arah kanak-kanak tersebut. Tiba-tiba dia berhenti dan menyeluk sakunya serta mengambil satu keping wang dan meletakkannya di dalam topi tersebut. Kemudian ia mengambil papan tulisan tersebut, memadam dan menuliskan perkataan lain. Kemudian dia meletakkannya kembali di tempat semula di samping kanak-kanak buta tersebut agar setiap orang yang melalui kanak-kanak tersebut dapat melihat dan membaca tulisan tersebut dengan jelas.

Tidak lama selepas itu, topi yang dipegang kanak-kanak buta tersebut mulai banyak terisi. Hampir setiap orang yang lalu berhenti dan memberi kanak-kanak buta tersebut wang.

Apabila hari menjelang petang, lelaki yang mengubah tulisan tersebut kembali melintas di depan anak tersebut. Si anak yang mengenal langkah kaki tersebut berusaha menghentikan dan bertanya, “Bukankan anda yang telah mengubah tulisan di papan ini tadi pagi? Apa yang anda tulis?”
Lelaki tersebut menjawab, “Saya menulis sebuah kenyataan, saya menulis apa yang kamu tulis tapi dengan cara berbeza.”

Lelaki tersebut menulis: “Hari ini sangat indah dan saya tidak mampu melihatnya.”
Apakah pembaca berfikir bahawa tidak ada bezanya tulisan pertama dengan tulisan pengganti tersebut?

Tentu, bahawa kedua-dua tulisan menyebutkan bahawa  Kanak-kanak itu buta. Tapi tulisan pertama secara terang menyebut kanak-kanak itu buta. Sedangkan tulisan kedua memberitahu orang-orang bahawa mereka sangat beruntung kerana masih dapat melihat. Dan ternyata tulisan berbeda dan yang kedua tampak sangat efektif.

Dan Dia-lah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur (Al-Mu’minun: 78)
Sumber : http://kisah-renungan.blogspot.com

Kisah Pemuda Buta Ke Masjid...



Pada suatu ketika seorang pemuda yang buta bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia menukar pakaian, berwudhu, dan, sekali lagi, berjalan menuju masjid . Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, menyalin pakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki dan memimpinnya. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya mahu bantu anda.”
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda buta itu bertanya kepada lelaki yang memimpinnya untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya tetap sama.

Pemuda bertanya, “kenapa menolak untuk masuk dan solat ?” 

lelaki itu menjawab “Aku adalah IBLIS”

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.
Syaitan kemudian menjelaskan, “Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah SWT memaafkan semua dosa dosamu. Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu. Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah SWT akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampung ini, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat….”

Sumber :  http://realitihidupku.wordpress.com

Kerana Sebiji Kurma...


Kisah ini bermula setelah Ibrahim bin Adham selesai menunaikan ibadah haji, dia berniat untuk berziarah ke Masjidil Aqsa. Sebagai bekalan perjalanan, dia membeli kurma dari pedagang tua yang berniaga berhampiran Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim terlihat sebutir kurma terjatuh dari meja berhampiran dengan timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian dari yang dibeli olehnya, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu dia terus berangkat menuju Al Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih satu tempat beribadah dalam ruangan di bawah Kubah Sakhra. Dia bersolat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Tiba tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara’ yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata malaikat yang satu.

“Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana empat bulan yang lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berhampiran Masjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi..

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, dia terasa cemas sekali, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

“Astaghfirullahal ‘adzhim” Ibrahim beristighfar. Dia terus berkemas untuk berangkat lagi menuju ke Mekkah untuk menemui pedagang tua penjual kurma itu untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Apabila sampai di Mekkah dia bergegas terus menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi malangnya dia tidak menemui pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. Dia pun bertanya, “Empat bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Di manakah dia sekarang ?” tanya Ibrahim.

“Oh, beliau sudah meninggal sebulan yang lalu, sekarang saya pula meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu.

“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapakah saya boleh meminta untuk penghalalan?”. Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak muda itu mendengar dengan penuh minat.

“Nah, begitulah” kata Ibrahim setelah bercerita.

“Saudara sebagai ahli waris orang tua itu, boleh saudara menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur saya makan tanpa izinnya?”.

“Bagi saya tidak masaalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani menghalalkan bagi pihak mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.”

“Tolong berikan alamat saudara-saudaramu, biar saya temui mereka satu persatu.”

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui saudara-saudara anak muda itu. Biarpun berjauhan, akhirnya urusan itu selesai juga. Mereka semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang dimakan oleh Ibrahim secara tidak sengaja.

Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham kembali berada di bawah Kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. “Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.”

“Oh, tidak! Sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang beliau sudah bebas.”
  
 Sumber : http://www.mazeermohamad.com