Friday, April 1, 2011

Kisah Juraij dan Ibunya

Assalamualaikum..... kali ini saya kongsikan mengenai kisah seorang ahli ibadah yang tekun beribadah di biaranya kepada Allah SWT. Namun, akibat perbuatannya yang menyebabkan ibunya tersinggung, maka sesuatu telah terjadi kepada dirinya. Apakah yang telah dilakukan oleh Juraij? dan apakah yang telah terjadi kepada dirinya? mari sama-sama kita telusuri kisah ini......

Pada suatu hari, ibu Juraij datang ke biaranya dan memanggil-manggilnya. Pada waktu itu, Juraij sedang solat dengan khusuk. Dia menjadi bingung dan berkata dalam hatinya, "Ya Tuhanku, adakah aku perlu menjawab panggilan ibuku ataupun meneruskan solatku?". Akhirnya, Juraij meneruskan solatnya dan tidak menjawab panggilan ibu nya walaupun solat yang dikerjakannya itu adalah solat sunat.

Tidak lama selepas itu, ibu Juraij datang semula dan memenggil-manggilnya lagi, "Wahai Juraij, dimanakah engkau anakku?". Pada waktu itu, Juraij masih bersolat dan dia tetap meneruskan solatnya. Apabila anaknya tidak menjawab panggilannya yang berkali-kali, ibu Juraij kembali semula ke rumahnya.

Tidak lama selapas itu, ibu Juraij datang lagi dan memanggil-manggilnya dengan suara yang keras, "JURAIJ! JURAIJ! JURAIJ! DIMANA ENGKAU! INI IBUMU, DATANGLAH KE SINI SEBENTAR!" Juraij masih lagi bersolat dan dia menjadi kebingungan sama ada hendak meneruskan solatnya atau menjawab panggilan ibunya. Oleh sebab solatnya hampir selesai, Juraij meneruskan solatnya.

Selepas tiga kali ibunya datang dan memanggilnya, Juraij tetap tidak menjawab panggilannya. Ibunya marah dan terlanjur mengutuk Juraij dengan berkata, "Wahai Juraij, semoga Allah tidak mencabut nyawamu sebelum kamu melihat wajah seorang pelacur!". Demikianlah kata-kata ibu Juraij. Selepas itu dia pulang dengan perasaan marah.
Selang beberapa ketika, seorang pelacur datang menagadu kepada raja "Wahai raja junjunganku, aku melahirkan seorang anak." Raja pun bertanya, "Siapakah bapa anak ini?". Wanita itu menjawab " Juraij adalah bapanya." Raja bertanya lagi, " Maksudmu, Juraij yang memiliki biara itu ?" "Benar Wahai raja." jawab wanita itu.

Mendengarkan kata-kata wanita itu, raja menjadi murka dan memerintahkan tenteranya menangkap Juraij yang terkenal sebagai seoarang ahli ibadah dan soleh di negeri itu. Juraij ditangkap dan dibawa menghadap raja. Ramai pelacur yang hadir ke istana kerana mahu melihat Juraij ditangkap. Namun Juraij kelihatan tenang dan tersenyum hingga semua orang yang melihatnya kehairanan. Raja kemudian memerintahakan biara milik Juraij dimusnahkan.

Kemudian raja itu berkata kepadanya, "wahai Juraij, kamu adalah seorang ahli ibadah tetapi perbutanmu sungguh keji. Wanita itu datang kepada ku dan mengaku melahirkan anakmu. Adakah kata-katanya itu benar?"

Dengan tenang Juraij menoleh ke arah wanita itu dan bertanya, "Adakah benar aku pernah menggaulimu?" "ya, benar," jawab wanita itu dengan tegas. Juraij bertanya lagi, " Di manakah anak itu sekarang ?". "Dia ada di dalam buaian itu". Jawab wanita tersebut.

Juraij menghampiri bayi yang tidak berdosa itu dan bertanya, " Siapalah ayahmu?". Tiba-tiba bayi itu menjawab, "Dia penggembala lembu". "Nah, tuan raja dan sekalian yang hadir, wanita ini berbohong!" kata Juraij.

Semua orang yang hadir terpegun dengan kejadian luar duga itu. Mereka juga rasa bersalah kerana menuduh Juraij tanpa usul periksa, terutamanya raja. Dengan rasa bersalah, raja berkata, " Wahai Juraij aku akan membina semula biara mu dengan emas." Juraij menjawab "Tidak perlu." Raja berkata lagi, " bagaimana sekiranya aku membinanya dengan perak?". Jawapan yang sama diberikan oleh Juraij. Kemudian raja bertanya lagi, " lalu dengan apakah saya perlu membina biaramu?". Juraij menjawab, " Binalah ia seperti biasa." Dengan demikian, raja pun memerintahkan orang ramai membina semula biara Juraij seperti asal.

Kemudian raja bertanya kepada Juraij, "Mengapa kamu menerima semua tuduhan itu dengan tenang? bahkan kamu tersenyum menghadapi pelacur itu?" Juraij menjwab, "Pada waktu itu saya menyedari, Allah mengabulkan doa ibuku." Lantas Juraij menceritakan kepada raja apa yang berlaku.

p/s : hehehe, ketahuilah doa ibu itu sangat mustajab........

10 hak orang tua yang wajib dipenuhi oleh anak-anak:

Assalamualaikum...... sekian lama menghilang akhirnya dapat juga diberikan kesempatan oleh yang Maha esa untuk berbicara. Kali ini ingin saya kongsikan mengenai 10 hak orang tua yang wajib dipenuhi oleh anak-anak:

  1. Memenuhi keperluan makanannya
  2. Melayani semua keperluannya
  3. Menjawab panggilannya
  4. Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat
  5. Berkata-kata dengan lemah lembut dan tidak memarahinya
  6. Memberikan pakaian secukupnya
  7. Berjalan di belakangnya
  8. Berusaha supaya orang tua sentiasa reda kepadanya
  9. Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka
  10. Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa sendiri
p/s:  untuk pengetahuan semua, orang tua di sini merujuk kepada ibu & bapa kita yang sudah berumur. Justeru marilah sama-sama kita berusaha melaksanakan kewajiban kita........ sekian.......