Wednesday, November 3, 2010
kesulitan.....
'Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Tagaabun:11)
Label:
Ilmiah
Salam 1 Malaysia..
Okey, sy akan share kan knowledge2 yg sy ada kepada semua.. hope kita dapat share sama2 n menyebarkan wabak penyakit ni.. PENYAKIT CHECK WALLET!!! bila dapat duit baki dari bayar pape pun..
Edisi siasat hari ini sy akan menceritakan serba sedikit tentang duit syiling 10sen negara kita yg paling mahal.. jangan x percaya, tetapi inilah hakikatnyer..
p/s = gambar ini sy copy daripada google sebab saya sendiri pn masih blom ada duit ini.. kepada owner gambar ni, saya mintak izin nk pakai gambar ni yer.. nk share ilmu ngn anak cucu..

10 sen 1971.. inilah tahun keramat bg semua pengumpul2 duit lama yg ingin lengkapkan koleksi duit 10sen mereka.. nampak biasa jer kan.. ape yg pelik sangat?? beli gula2 pun dapat 2 biji jer.. duit ini mengikut katalog Steven Tan edisi 19, hrga dia RM120-280 SEKEPING bergantung condition!!!
kenapa mahal sangat?? baiklah murid2, duit syiling 10sen dari tahun 1967-2010 normally average ditempa@diproses adalah PULUHan JUTA atau RATUSan JUTA keping setahun.. tetapi duit 10sen tahun 1971 ni hanya ditempa@diproses sebanyak 32 236 keping sahaja.. sangat sedikit.. walaupun duit ini di letak harga sekitar rm120-280, sy belum pernah lagi jumpa ada org nk jual bwh rm200.. setakat ni average hrga yg sy jumpa antara rm210-450..
serba sedikit sejarah mengenai duit ni kenapa ditempa sedikit?? ape yg tok guru sy cakap, nama lain bg duit ini adalah 'duit banjir'. ketika tahun itu, kuala lumpur dikatakan banjir. mesin2 yg digunakan untuk buat duit syiling ni banyak rosak.. so, kuantiti yg dapat diproses adalah amat sedikit..
selain daripada 10sen tahun 1971, ada 2 tahun lg yg berpotensi untuk jadi mahal di masa akan datang iaitu tahun 1994 dan 2003. kuantiti yg dikeluarkan pada tahun 1994 ialah sebanyak 7 122 222 keping. berjaya menduduki carta ke 2 sedikit diproses manakala tahun 2003 pula sebanyak 8 640 000 menduduki carta ke 3 duit 10sen yg paling sedikit diproses..
jika anda x percaya, pecah tabung or setiap duit baki yg anda perolehi, sila cek tahun2 yg sy sebutkan diatas.. memang susah nk jumpa..
SELAMAT TERJEBAK PENYAKIT INI!!!
g cek wallet masing2..
p/s Sumber dari Gempak.org
Label:
Sembang Kosong
Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan
CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.
Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.
"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.
Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.
"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama

Iman Dan 20
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
- Artikel iluvislam.com

Monday, September 6, 2010
Mbiak Skolah Nok Tepengaruh Ngan Cita Katon
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paiptidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapandengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas ituemak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengangarfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Label:
Sembang Kosong
Subscribe to:
Posts (Atom)